Thursday, June 17, 2010

Bumi Palestin

Bumi Palestin, bumi merekah,
Dengan darah, dengan nanah,
Mereka bangkit, mereka rebah,
Merah darah mereka belum cukup menebus maruah,
Dari nafsu BANGSA BANGSAT gila menjajah,

Bumi Palestin, bumi derita,
Sanggupkah melihat anak mati di riba,
Sanggupkah agama di caci hina.
Sanggupkah dunia bisu tanpa bicara,
Dari BANGSA BANGSAT melakukan angkara.

Bumi Palestin, bumi merekah,
Bukan lagi dengan darah, bukan lagi dengan nanah,
Berjuang kita sama tuju sama arah,
Melihat bumi yang merekah,
Kembali bertuah.

Friday, April 23, 2010

Improvisasi di dalam Teater Bangsawan

Hampir semua bentuk seni teater bermula dengan improvisasi. Cerita-cerita epik naratif bermula dengan cerita lisan yang diimprovisasikan. Nyanyian dan tarian serta ritual dramatik awal yang terbentuk secara formal setelah melalui proses improvisasi yang panjang dan lama sejak di zaman Greek lagi. Di dalam adegan-adegan komedi di dalam teater Greek dan Romawi, berasaskan improvisasi. Paling ketara teater commedia dell'arte dari itali adalah seratus peratus dilaksanakan secara improvisasi.

Di Malaysia, lakuan improvisasi di dalam teater telah lama diamalkan. Di dalam teater tradisional tempatan memang kaya dengan improvisasi. Para pencerita cerita-cerita lisan, manipulasi wayang kulit oleh para dalang, teater Mak Yong, Menora, Jikey, Mek Mulung, Dikir Barat, Dondang Sayang kesemuanya bertitik-tolakkan improvisasi.


Rujukan: Abd. Samat Salleh, (2003) Improvisasi di dalam Teater Bangsawan. Wacana Seni (Journal of Arts Discourse), 2 . pp. 131-154. ISSN 1985-8418
"Kembar" Aku
USM
Teater Puteri Hang Li-Po

Tuesday, March 30, 2010

Ingin Ku Lontarkan


-Bila Hati Terdetik-
Aku lihat, aku merenung, nun jauh termenung..
Tiba-tiba, dia di situ, termenung juga.. seakan ke arah ku..
Kami sama agaknya,seperti ada suara menghentak mindaku..
Di mindaku, ingin bertanya, siapa namanya,
Apakah masalahnya, si dia kelihatan terpaku,
Seakan menjauhi aku, namun memandangku penuh kelembutan,
Namun di hatiku, tahu dia memerlukanku,
Aku dekatkan diriku.. Sayu.. Shadu...
Di dalam kecewa, gundah gulana...
Hadirku.. menemaninya.. memberi segalanya yang termampu,
Aku meyebut namanya.. setiap nafasku, di sebut-sebut namanya.. si dia segan silu..
Tapi terdetik dari itu, nada-nada merdu terdengar dari bibirnya yang manis,
Ketika tadi membisu.. Sekarang penuh lirikan manja.. ciuman & pelukan mesra..
Di sebalik senyuman, tertawa hatinya yang ku tahu penuh kejujuran..
Si dia kini ada di sini, dalam hatiku, penghibur duka ku.. Penuh kesyahduan,
kelembutan nan terselah...
Wajahnya membuatkan ku terbayang-banyang melayang.. Menjadi semangat hati sanubariku..
Kehalusan wajahnya seakan mencengkam dadaku.. untuk terus menatap keindahan ciptaan Tuhan teragung..
Dia.... ialah dia, cinta hatiku TERAGUNG.

Nurain Nadiah Permaisuriku
aku hakmilik ain™
Tercipta segalanya.. 10.02.2010

Friday, January 29, 2010

Alihan Baru

Salam manis. Salam 1siswa. Salam 1malaysia.
Cabaran dan dugaan menjadikan kita lebih matang menimba sesuatu yang mendatang. Namun aspek tanggungjawap sebagai wakil kepada sesebuah organisasi adalah penting untuk diteruskan.
Perjalanan yang meniti hari-hari kekosongan kini tidak lagi, susah mendekati kamu. Ternyata berasa sedikit pilu,namun ditambat pula oleh hati yang tenang.

Wednesday, November 11, 2009

Karya Rakan Dalam Monolog 1

M-A-L-A-Y-U @ M-E-L-A-Y-U

Aku Melayu malu
Melihat bangsaku berlarian merempuh pintu
Mencari redha di kekalutan buntu
Meredah belukar mencari sesuap nasi
Yang di kangkangkan untuk merasai nikmat ke akhir hayat

Aku Melayu malu
Mencarik - carik di belakang teman dan kawan
Muntah kerna terlebih suapan
Perut meledak angin lintang utara selatan
Berpusar menggigil menadah tangan
Hanya tagihkan candu kesenangan

Hey!! Aku benar malu
Aku Melayu! Aku Melayu
Aku tak tahu apa itu Melayu
Mungkin pada zahirnya Melayu
Batinnya juga dibedung Melayu
Minda kosong pengertian Melayu

Ada kata Melayu mudah lupa
Ada kata Melayu mudah layu
Ada kata Melayu macam kayu
Ada kata Melayu itu layu

Hey!! Aku Anak Melayu
Bapa keturunan Melayu
Ibu Keturunan Melayu
Bahasaku bukan Malaysia tetapi Melayu
Tutur pasarku juga Melayu

Aku bangga jadi Melayu
Tapi kenapa hari ini aku malu lihat Melayu??
Aku bangga pandai berbahasa Melayu
Tapi kenapa esok aku lihat Melayu akan layu??

Aku Melayu malu
Malu dengan tingkah laku
Sopan santun budaya Melayu
Tunduk akur gaya Melayu
Hakikinya Melayu itu lumpuh
Strok pada minda
Di pasung puaka

Aku Melayu
Tak tahu masih mahu terus mengaku Melayu
Aku Melayu
Meratapi luka terpalit perbuatan Melayu
Dadaku dirobek Melayu
Tanganku dirantai Melayu

Oh Melayu...L-A-Y-U

ihsan daripada http://mariniberbicara.blogspot.com/

Informasi Tentang Monolog

Sumber ihsan , Wikipedia
Desir kata
(bahasa Inggeris: sound bite) merupakan frasa pendek atau ayat yang menangkap maksud yang cuba disampaikan oleh pengucap. Saat-saat dalam dialog atau monolog ini mudah diingati oleh pendengar dan menjadi mesej kepada apa yang cuba disampaikan oleh pengucap. Desir kata terjadi kerana kehendak orang ramai mahu meringkaskan maklumat yang semakin banyak diterima pada masa sekarang.Tambahan monolog menuju kepada pengucapan rasa hati yang begitu mendalam, ringkas dan padat. Dalam pementasan dunia monolog, hanya seorang pelakon sahaja, bertujuan menyampaikan isi-isi monolog(berdasarkan rasa hati seseorang watak/perwatakan)