Saturday, October 31, 2009

Karya Aku Dalam Monolog 3

Monolog 'Alihkan Paradigma Kau' oleh Hafiz Rapiah
(Si Monolog masuk sambil memerhati penonton dengan penuh seyuman sinis)
(Kadang-kadang mukanya penuh keraguan, seperti mentafsir sesuatu. )
(Menghentak-hentak kakinya seperti tidak puas hati akan sesuatu)
Aku bukan budak-budak lagi!
Aku dah besar!
Aku dah pandai berdikari!(berjalan begitu megah)
Aku boleh cari apa yang aku hendak cari!
(seperti mencari-cari, dan terjumpa sesuatu)
Aku kuat! (Nada yang lebih yakin)
Tambahan pula aku ini gagah!
(
egois, kelihatan di wajah si Monolog)
Aku boleh berfikir!
Aku boleh tentukan siapa aku!
Di sini, yang aku tahu aku berjaya!
Yang aku tahu aku hendak orang mentafsir aku!
Cara masing-masing...ya..(seperti bersetuju)
Seperti kau!
kau yang masih seperti katak di bawah tempurung!(ketawa sinis)
Ada hati hendak meragukan aku pula!
(Seakan marah, disambung dengan ketawa kecil)
Hey...hey...didunia ini kalau engkau hendak!
kau gapailah sendiri!
Cari cara kau!
Alihkan paradigma kau!
Ini tak sampai bila kau hendak bergantung dengan orang lain?
Susah tiada!
Senang pandai pula!
Pandai sungguh engkau bermain-main dengan emosi!
Tukar, aku cakap tukar!
Tukar pemikiran kau tu!
Cetek!
Busuk!
Dengki!
Masam!
(mimik muka yang sangat emosi, campur geli hati)
Eee.....aku geli dengan sikap engkau!
Jadilahlah manusia yang mengenal erti kasih!
Kejayaan!
Cita-cita dan harapan!
(bercerita sambil menepuk-nepuk dadanya)
Aku? Ya memang aku suka melihat engkau,melihat orang disekeliling aku,membuat andaian setiap perwatakan,setiap gerak laku kau,
ada sahaja aku hendak katakan!
Aku membanding-bandingkan dengan diriku yang serba kekuranggan!
kau bertuah!
Sangat bertuah!
Tetapi sekilas pandangan aku asyik memerhati engkau,membuat aku leka seketika.Bahawa,
KITA SEMUA SAMA!
UiTM Perlis
311109

Sunday, October 25, 2009

Karya Aku Dalam Monolog 2


Monolog Tercipta Satu KOLABORASI Hafiz Rapiah n The Geng

Tercipta satu,
Tenyata aku benar,
Tenyata kau salah…. Ternyata!!
Dan ternyatalah aku,
Tak mengerti satupun tentang engkau.

Aku percaya, Aku bodoh!
Padahal aku pandai, tetapi,
Selalu dalam kebinggungan…
Percintaan…
Perasaan…
Kasih sayang….
Ku campur adukkan,
Tercipta satu ramuan,
Selalu aku dengar dalam sel-sel otakku,
Sememangnya sukar…
Sukar bagiku menjelaskan ‘sukar’…
Teramat sukar..
Ternyata aku selalu percaya…
Kamu memikirkanku disebaliknya,
Tetapi sentiasa di mindaku..

Tercipta satu….
Namun tak dapat nak aku luahkan….
Padahal ianya amat remeh…
Sekecil-kecil persoalan…
Ternyata amat berbangkit-bangkit,
Dalam sendi-sendi ku..

Gerak laku dalam aksi ku..
Sentiasa menghentak-hentakku,
Namun aku cuba mendekatinya,
Tetapi ada angin daya arus,
Seperti mengerdip-ngerdip,
Menyuruhku meninggalkan perjuangan ini.

Kesetian…
Pelukkan…
Ciuman…
Seumpama angin yang berlalu,
Macam ada, tapi insyaratnya kaku…
Nak menggungkapkan? Ahhh…
Keadaan aku sekarang?
Tidak tepat pada masanya sekarang..

Malam terus mengelapkan,
Aku tahu hatiku gelap,
Tetapi aku perlukan cahaya dalam…
Mencari pertunjuk menuju ke situ..

Pergi aku kesitu, membuat kesimpulan….
Kesimpulanya aku dapat tetapi,
Hendak merumuskan amat sukar,
Aku teramat ingin dalam melihat kau bahagia,
Tetapi hatiku ini…
Ingat…
Aku ulangi!
Hatiku ini!
Bosan! Melayannya,
Bercanggah perjalanan aku disini…
Disini, aku sedar matlamat dan cita-cita….
Terbahagi soal urusan…
Adalah pemankin kepada….
Terciptanya satu…

Engkau ternyata satu bagiku….
Tetapi aku menyampah….
Meneruskan liku-liku hidup sunyi sepi,
Malam dinginku,
Temanku saat itu adalah…
Aku yang bersendirian!!
Meratapi sedihku…
Dibalik cermin yang hampir pecah berderai!!

Sememangnya pedih sakit…
Tetapi hidup misti diteruskan,
Padahal aku bukan sifatmu,
Dan dirimu yang dihadapanku,
Bukan sifat sepertiku..

Sememangnya aku tak mengerti….
Amat payah mengunggkapkan,
Dengan kata-kata,
Padahal ianya selalu ku lakukan…
Dalam mencipta satu…
Tetapi kepayahan ini, membuatku terus bersemangat!!
Terus aku….
Terus meneruskan perjalanan yang berliku ini…
Harap di hujung sana nanti,
Terjumpa jalan terbantang luas,
Ibarat laut china selatan,
Terbentang luas…
Seluas laut itu,
Kapal di atas layaran..
Yang sentiasa menunjuk arahnya,
Kesana-kemari…

Dan aku masih tergiang-ngiang pesan ayah ku,
“ Hidup ini sekali, kalau kau tak cari,
Dalam usaha mendapatkan sesuatu,
Rugilah bagi kau, anakku”

Senantiasa bermain di mindaku,
Bercelaru,
Ku salami, mencari maksud,
Tiap baris perkataan ini…

Hari ini, aku seorang,
Menggungkapkan…
Aku cuba menggungkapkan,
Meluahkan,
Luahan hati ini demi mengapai,
Mengecapi pencarianku selama ini,
Yang sukar ku temui jika aku….
Abaikan dan meninggalkanya…

Terciptalah satu… satu…
Pencarian… iaitu KAMU!!!


USM Penang
10102009

Karya Aku Dalam Monolog 1

Monolog – Ludin (Oleh Hafiz Rapiah)

(Pentas Di gelapkan).

Gelap, apa yang aku nampak hanya kegelapan,
Mata ini untuk dilihat, Tetapi apa yang aku dapat lihat?? Sememangnya sekeliling aku penuh kegelapan..

(Lampu memancar dari belakang Monolog)Jangan tidur….Jangan Engkau tidur… Jangan Tidur!!!! Ha..ha… Mengantuk lagi engkau?

Ini cerita, cerita aku…. Cerita aku dan kita, Cerita yang penuh dengan kegelapan…
Berikan Aku cahaya untuk aku dapat melihat..(Lampu memancar daripada hadapan)
Dengar sini kata-kata ku….

“Sepohon kayu, daunnya ribu, lebat bunganya serta buahnya… walau aku dan engkau dapat hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunannya??”
Engkau Kunci kata-kata ku ini!!

Tidur… tidur Engkau sampai tak sembahyang….!!!!
Pagi, petang, malam… bagi mu gelap semata-mata……emmm..??
Yang engkau ingat tidur… tidur…. Tidur!!!
Makan… makan…. Makan……!!!
Bangun tidur Engkau makan….
Itu saja yang engkau tahu??

(Lampu di gelapkan Seketika, kembali memancar kearah si monolog)

(Sujud) Ya Allah… Ampunkan dosa-dosa ku ya allah, hanya engkau yang maha tahu keatas aku… berikanlah aku hidaya setar pertunjuk mu… Aku penat ya Allah hadapi hidup sebegini!... Ya allah… Apa nak jadi dengan Aku ya Allah…??

Mimpi… mimpi… Mimpi lagi engkau…. Haha…
Tak habis-habis dengan mimpi engkau…
Baru engkau sedar sekarang….!!!
Yang Engkau tu selalu alpa.. alpa… alpa dan engkau lupa bahawa engkau hidup macam mati!!!
ENGKAU SEDAR?? (Lampu dipadam kan sedikit-demi sedikit)
DAMAK 011,
UiTM Arau,Perlis