Monolog 'Alihkan Paradigma Kau' oleh Hafiz Rapiah
(Si Monolog masuk sambil memerhati penonton dengan penuh seyuman sinis)
(Kadang-kadang mukanya penuh keraguan, seperti mentafsir sesuatu. )
(Menghentak-hentak kakinya seperti tidak puas hati akan sesuatu)
Aku bukan budak-budak lagi!
Aku dah besar!
Aku dah pandai berdikari!(berjalan begitu megah)
Aku dah pandai berdikari!(berjalan begitu megah)
Aku boleh cari apa yang aku hendak cari!
(seperti mencari-cari, dan terjumpa sesuatu)
Aku kuat! (Nada yang lebih yakin)
Tambahan pula aku ini gagah!
(egois, kelihatan di wajah si Monolog)
(egois, kelihatan di wajah si Monolog)
Aku boleh berfikir!
Aku boleh tentukan siapa aku!
Di sini, yang aku tahu aku berjaya!
Yang aku tahu aku hendak orang mentafsir aku!
Cara masing-masing...ya..(seperti bersetuju)
Seperti kau!
kau yang masih seperti katak di bawah tempurung!(ketawa sinis)
Ada hati hendak meragukan aku pula!
(Seakan marah, disambung dengan ketawa kecil)
(Seakan marah, disambung dengan ketawa kecil)
Hey...hey...didunia ini kalau engkau hendak!
kau gapailah sendiri!
Cari cara kau!
Alihkan paradigma kau!
Ini tak sampai bila kau hendak bergantung dengan orang lain?
Susah tiada!
Susah tiada!
Senang pandai pula!
Pandai sungguh engkau bermain-main dengan emosi!
Tukar, aku cakap tukar!
Tukar pemikiran kau tu!
Cetek!
Busuk!
Dengki!
Masam!
(mimik muka yang sangat emosi, campur geli hati)
(mimik muka yang sangat emosi, campur geli hati)
Eee.....aku geli dengan sikap engkau!
Jadilahlah manusia yang mengenal erti kasih!
Jadilahlah manusia yang mengenal erti kasih!
Kejayaan!
Cita-cita dan harapan!
(bercerita sambil menepuk-nepuk dadanya)
Aku? Ya memang aku suka melihat engkau,melihat orang disekeliling aku,membuat andaian setiap perwatakan,setiap gerak laku kau,
ada sahaja aku hendak katakan!
Aku membanding-bandingkan dengan diriku yang serba kekuranggan!
Aku membanding-bandingkan dengan diriku yang serba kekuranggan!
kau bertuah!
Sangat bertuah!
Sangat bertuah!
Tetapi sekilas pandangan aku asyik memerhati engkau,membuat aku leka seketika.Bahawa,
KITA SEMUA SAMA!
UiTM Perlis
311109
311109
No comments:
Post a Comment