Sunday, October 25, 2009

Karya Aku Dalam Monolog 2


Monolog Tercipta Satu KOLABORASI Hafiz Rapiah n The Geng

Tercipta satu,
Tenyata aku benar,
Tenyata kau salah…. Ternyata!!
Dan ternyatalah aku,
Tak mengerti satupun tentang engkau.

Aku percaya, Aku bodoh!
Padahal aku pandai, tetapi,
Selalu dalam kebinggungan…
Percintaan…
Perasaan…
Kasih sayang….
Ku campur adukkan,
Tercipta satu ramuan,
Selalu aku dengar dalam sel-sel otakku,
Sememangnya sukar…
Sukar bagiku menjelaskan ‘sukar’…
Teramat sukar..
Ternyata aku selalu percaya…
Kamu memikirkanku disebaliknya,
Tetapi sentiasa di mindaku..

Tercipta satu….
Namun tak dapat nak aku luahkan….
Padahal ianya amat remeh…
Sekecil-kecil persoalan…
Ternyata amat berbangkit-bangkit,
Dalam sendi-sendi ku..

Gerak laku dalam aksi ku..
Sentiasa menghentak-hentakku,
Namun aku cuba mendekatinya,
Tetapi ada angin daya arus,
Seperti mengerdip-ngerdip,
Menyuruhku meninggalkan perjuangan ini.

Kesetian…
Pelukkan…
Ciuman…
Seumpama angin yang berlalu,
Macam ada, tapi insyaratnya kaku…
Nak menggungkapkan? Ahhh…
Keadaan aku sekarang?
Tidak tepat pada masanya sekarang..

Malam terus mengelapkan,
Aku tahu hatiku gelap,
Tetapi aku perlukan cahaya dalam…
Mencari pertunjuk menuju ke situ..

Pergi aku kesitu, membuat kesimpulan….
Kesimpulanya aku dapat tetapi,
Hendak merumuskan amat sukar,
Aku teramat ingin dalam melihat kau bahagia,
Tetapi hatiku ini…
Ingat…
Aku ulangi!
Hatiku ini!
Bosan! Melayannya,
Bercanggah perjalanan aku disini…
Disini, aku sedar matlamat dan cita-cita….
Terbahagi soal urusan…
Adalah pemankin kepada….
Terciptanya satu…

Engkau ternyata satu bagiku….
Tetapi aku menyampah….
Meneruskan liku-liku hidup sunyi sepi,
Malam dinginku,
Temanku saat itu adalah…
Aku yang bersendirian!!
Meratapi sedihku…
Dibalik cermin yang hampir pecah berderai!!

Sememangnya pedih sakit…
Tetapi hidup misti diteruskan,
Padahal aku bukan sifatmu,
Dan dirimu yang dihadapanku,
Bukan sifat sepertiku..

Sememangnya aku tak mengerti….
Amat payah mengunggkapkan,
Dengan kata-kata,
Padahal ianya selalu ku lakukan…
Dalam mencipta satu…
Tetapi kepayahan ini, membuatku terus bersemangat!!
Terus aku….
Terus meneruskan perjalanan yang berliku ini…
Harap di hujung sana nanti,
Terjumpa jalan terbantang luas,
Ibarat laut china selatan,
Terbentang luas…
Seluas laut itu,
Kapal di atas layaran..
Yang sentiasa menunjuk arahnya,
Kesana-kemari…

Dan aku masih tergiang-ngiang pesan ayah ku,
“ Hidup ini sekali, kalau kau tak cari,
Dalam usaha mendapatkan sesuatu,
Rugilah bagi kau, anakku”

Senantiasa bermain di mindaku,
Bercelaru,
Ku salami, mencari maksud,
Tiap baris perkataan ini…

Hari ini, aku seorang,
Menggungkapkan…
Aku cuba menggungkapkan,
Meluahkan,
Luahan hati ini demi mengapai,
Mengecapi pencarianku selama ini,
Yang sukar ku temui jika aku….
Abaikan dan meninggalkanya…

Terciptalah satu… satu…
Pencarian… iaitu KAMU!!!


USM Penang
10102009

No comments:

Post a Comment